Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 1 • BUKU • AKTIVITI 10

Ulasan Buku

Tajuk: The Art of Action Research in the Classroom

Pengarang: Christine Macintyre

Penerbit: David Fulton Publishers

Kajian tindakan merupakan satu penyelidikan yang dijalankan pada keadaan semasa. Pengkaji akan memfokuskan kepada pernyataan masalah atau satu-satu topik yang perlu penghuraian lanjut. Kemudiannya, berdasarkan pengumpulan maklumat seperti sampel kajian, setting kajian dan metodologi kajian, pengkaji akan merangka pelan, langkah perlaksanaan dan akhirnya membuat penilaian daripada hasil dapatan seterusnya membuat kesimpulan terhadap keseluruhan kajian yang telah dijalankan.


Mengapa guru membuat kajian tindakan

Menguji prosedur pengajaran sedia ada, meneliti jurang yang wujud, mencuba sesuatu pendekatan baru, mencuba kaedah yang lebih inovatif serta memperbaiki aspek-aspek tertentu dalam pembangunan pelajar.

Bila guru membuat kajian tindakan

Perlaksanaan kajian tindakan ini merupakan proses yang berterusan seperti dalam gelung serta bersifat tidak “straightforward”. Biasanya kajian tindakan dirancangkan selepas guru membuat refleksi dalam pengajaran. Research process begin with reflection (Macintyre 2000).

Bagaimana guru membuat kajian tindakan?

Bermula dengan proses yang paling penting, iaitu Literatur. Guru meneliti kajian-kajian literature untuk mengenalpasti topik-topik yang relevan dan menarik untuk dikaji.

Guru bolehlah menanda kata kunci, frasa penting supaya dapat memfokuskan pemikiran pada aspek tertentu dalam topik, ataupun mendapatkan kajian-kajian lepas yang hampir sama sebagai rujukan lanjut.

Kenalpasti dan buat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai untuk merangka action plan dan mengumpul data.

Sentiasa membuat refleksi, melakukan metakognisi dalam diri dengan menanyakan soalan kepada diri, seperti, “ Apakah strategi yang terbaik untuk saya gunakan?” ataupun “Adakah literature yang telah dipilih memberikan saya panduan yang terbaik?”.

Mempertimbangkan sample kajian, setting kajian dan berfikir secara menyeluruh dari awal hingga akhir kajian.

Bagaimana data dikumpul?

- Melakukan action plan, rancang metod pengumpulan data.

- Ambilkira sample, kesesuaian suasana dan tempat.

- Mengambilkira ‘peraturan’ memulakan kajian tindakan berikut:

- formulasikan soalan kajian yang jelas, tepat dan sah, bentukkan kategori untuk pengumpulan data.

- Kenalpasti kesemua sumber yang mungkin menyebabkan berlaku berat sebelah dan ambil langkah untuk mengurangkannya.

- Pertimbangkan bantuan yang diperlukan untuk menjayakan kajian tersebut.

No comments:

Post a Comment