1. Terdapat subtopik yang membosankan pelajar seperti penulisan, rumusan, sastera.
2. Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah–menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.
3. Perkembangan teknologi semasa seperti sms, chatting telah menyumbang kepada kesalahan bahasa dan menggalakkan pelajar menggunakan bahasa yang tidak tepat dan tidak sepatutnya. Sebagai contoh, terdapat perkataan yang dieja secara keterlaluan sehingga mereka yang tidak biasa dengan penggunaan perkataan sedemikian tidak dapat menduga perkataan sebenarnya. Seperti ‘gilerr’ (gila), ‘aperr’ (apa), ‘sumer’ (suma). Selain itu terdapat bahasa sms yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti kol (call) dan pu3 (puteri).
PENGALAMAN DARI KUMPULAN LAIN
1. Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk meluaskan perbendaharaan kata dan bahan bacaan.
2. Pelajar yang mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit menyebabkan minat pelajar yang kurang untuk memahami topik pengajaran yang disampaikan.
BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL
1. Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan oleh A. Chellamal Bagavathy (2005) di sebuah sekolah rendah di Selangor yang bertajuk "Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa", didapati bahawa murid-murid lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu kerana murid-murid malas membaca surat khabar, buku-buku cerita, membaca buku rujukan, rujuk kamus, berjumpa guru, perbincangan kumpulan dan sebagainya.
2. Kajian kes yang dijalankan oleh Seman Salleh (2005) menyatakan kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajarkan bahasa Melayu menyebabkan pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan dengan menempatkan guru-guru yang memilki opsyen lain untuk mengajarkan bahasa Melayu. Kajian-kajian terdahulu juga mendapati adanya guru-guru agama, sains, matematik dan sebagainya yang mengajarkan bahasa Melayu di sekolah.
Perkara ini mungkin dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru tetapi tindakan ini tidak dapat membantu meningkatkan penguasaan berbahasa dalam kalangan murid. Guru-guru ini kebanyakannya kurang menguasai aspek-aspek bahasa dan ini menimbulkan masalah apabila mereka menyampaikan pengajaran.
RUJUKAN
A. Chellamal Bagavathy. 2005. Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa (atas talian) http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article52.pdf (9 Januari 2010).
Seman Salleh. 2005. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu: kajian kes di sebuah sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal IPBA 3 (2).
No comments:
Post a Comment