Saturday, November 21, 2009

TUGASAN 4 • MINI KAJIAN TINDAKAN • AKTIVITI 9

MATLAMAT Kajian Tindakan
Mengkaji penggunaan kaedah karaoke/nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF Kajian
  • Untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.
  • Menggunakan kaedah nyanyian/karaoke dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
PERSOALAN Kajian
  • Bagaimana kaedah nyanyian/karaoke dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran?
  • Adakah kaedah nyanyian/karaoke dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran?

TUGASAN 4 • MINI KAJIAN TINDAKAN • AKTIVITI 8

CADANGAN UNTUK MENGATASI - INDIVIDU DAN KUMPULAN
1. Penggunaan elemen multimedia dalam PnP melalui penggabungan teks, audio, video, grafik dan interaktiviti.
2. Menggunakan pendekatan karaoke/nyanyian dalam mewujudkan suasana PnP yang kondusif bagi menimbulkan minat dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
3. Muzik merupakan medium yang bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan pelajar, meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti pelajar.
4. Pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang minat dan bakat mereka dalam seni muzik.
5. Meningkatkan perbendaharaan kata pelajar melalui penekanan terhadap lirik lagu yang
dinyanyikan.

KUMPULANLain
1. Membimbing pelajar dengan kemahiran yang dapat membantu pelajar lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu
2. Mewujudkan sekumpulan pelajar yang dapat membantu antara mereka dalam menyelesaikan masalah dalam menguasai kemahiran-kemahiran dalam matapelajaran Bahasa Melayu
3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk berdamping dengan guru matapelajaran dan ini dapat memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam matapelajaran ini.


BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL
1. Menurut Borich & Tombari (1997)- murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membian kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani dan Ramlah, 2002).
2. Menurut Dewey (1966)- pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan.

Thursday, November 19, 2009

TUGASAN 4 • MINI KAJIAN TINDAKAN • AKTIVITI 7

KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK

1. Terdapat subtopik yang membosankan pelajar seperti penulisan, rumusan, sastera.
2. Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah–menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.
3. Perkembangan teknologi semasa seperti sms, chatting telah menyumbang kepada kesalahan bahasa dan menggalakkan pelajar menggunakan bahasa yang tidak tepat dan tidak sepatutnya. Sebagai contoh, terdapat perkataan yang dieja secara keterlaluan sehingga mereka yang tidak biasa dengan penggunaan perkataan sedemikian tidak dapat menduga perkataan sebenarnya. Seperti ‘gilerr’ (gila), ‘aperr’ (apa), ‘sumer’ (suma). Selain itu terdapat bahasa sms yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti kol (call) dan pu3 (puteri).

PENGALAMAN DARI KUMPULAN LAIN
1. Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk meluaskan perbendaharaan kata dan bahan bacaan.
2. Pelajar yang mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit menyebabkan minat pelajar yang kurang untuk memahami topik pengajaran yang disampaikan.

BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL

1. Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan oleh A. Chellamal Bagavathy (2005) di sebuah sekolah rendah di Selangor yang bertajuk "Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa", didapati bahawa murid-murid lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu kerana murid-murid malas membaca surat khabar, buku-buku cerita, membaca buku rujukan, rujuk kamus, berjumpa guru, perbincangan kumpulan dan sebagainya.

2. Kajian kes yang dijalankan oleh Seman Salleh (2005) menyatakan kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajarkan bahasa Melayu menyebabkan pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan dengan menempatkan guru-guru yang memilki opsyen lain untuk mengajarkan bahasa Melayu. Kajian-kajian terdahulu juga mendapati adanya guru-guru agama, sains, matematik dan sebagainya yang mengajarkan bahasa Melayu di sekolah.

Perkara ini mungkin dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru tetapi tindakan ini tidak dapat membantu meningkatkan penguasaan berbahasa dalam kalangan murid. Guru-guru ini kebanyakannya kurang menguasai aspek-aspek bahasa dan ini menimbulkan masalah apabila mereka menyampaikan pengajaran.

RUJUKAN

A. Chellamal Bagavathy. 2005. Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa (atas talian) http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article52.pdf (9 Januari 2010).

Seman Salleh. 2005. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu: kajian kes di sebuah sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal IPBA 3 (2).

TUGASAN 4 • MINI KAJIAN TINDAKAN • AKTIVITI 6

KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK

1. Pelajar sedar tentang pengetahuan sedia ada tentang bahasa ibunda dan bahasa pertuturan seharian.
2. Penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan pergaulan dengan rakan sebaya.
3. Guru mempunyai kebebasan menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti dalam kumpulan, syarahan, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP; menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan minat pelajar.
4. Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.
5. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
6. Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
7. Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka.

PENGALAMAN DARI KUMPULAN LAIN
1. Penggunaan contoh yang diambil daripada pengalaman seharian, contohnya perbualan, dialog memudahkan pelajar untuk mempraktikkan dan memperbaiki mutu perbualan melalui penggunaan bahasa yang betul.
2. Kebanyakan topik pembelajaran subjek ini berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Contohnya, menulis surat rasmi untuk membuat permohonan biasiswa, sumbangan dan rayuan. Mengarang cerita, teks syarahan atau pidato untuk menyertai pertandingan menulis esei, bercerita, pertandingan syarahan atau pidato.

LITERATUR REVIEW
1. Guru boleh mengadakan aktiviti perbincangan. Secara khususnya, dengan mengadakan sesi perbincangan antara guru dengan pelajar di luar kelas dalam setiap proses penulisan dalam membantu pelajar meningkatkan keupayaan penulisan.

Selain itu, menggalakkan guru mengehadkan amalan pengajaran secara autoritatif, sebaliknya mengamalkan pengajaran responsif iaitu memberi tindakbalas pada penulisan pelajar, berbincang dan terlibat dalam sesi soalan.

2. Salah satu trend dalam pengajaran bahasa melayu ialah kemahiran menggunakan perkataan yang biasa, frasa dan bentuk-bentuk ayat yang dipelajari ataupun dilihat dalam teks bahasa. Ini memudahkan pembaca memahaminya dan mewujudkan keselesaan selepas teks yang ditulis dapat dibaca dengan baik.

RUJUKAN

Yahya Othman 2005. Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Pahang: PTS Professional Publishing.

Friday, November 13, 2009

TUGASAN 1 • BUKU • AKTIVITI 5

Mengapa guru (pelatih, novis dan berpengalaman) perlu melakukan Kajian Tindakan:

Guru Pelatih

• Membolehkan mereka memahami pelajar, terutamanya skop pelajar, sample kajian, setting kajian.
• Menimba pengalaman di samping mendapat ilmu pengetahuan untuk tujuan untuk tujuan memberikan pengajaran yang lebih berkesan.
• Sebagai satu bentuk latihan awal kepada guru tersebut untuk memahami PnP.
• Menilai persepsi diri kita terhadap PnP.
• Boleh dijadikan sebagai Bank of Strategies agar dapat membantu guru-guru lain.
• Melatih diri menjadi kreatif, inovatif dan sentiasa sedar tentang perkembangan semasa.

Guru Novis

• Memperbaiki pengajaran dari semasa ke semasa.
• Sebagai persediaan untuk menghadapi situasi PnP di sekolah yang baru.
• Memudahkan pemahaman terhadap pendekatan-pendekatan yang telah dijalankan supaya dapat diaplikasikan dalam PnP.
• Menghasilkan idea yang boleh menutup semula ‘jurang pencapaian’, di antara aspirasi dan aplikasi.

Guru berpengalaman

• Untuk menambahbaik PnP sedia ada.
• Mengesan kelemahan yang telah dilakukan daripada pengajaran yang lepas.
• Memperbaiki hasil kerja, melalui penilaian atau pentaksiran.
• Sebagai sokongan untukmenghasilkan pengetahuan baru.
• Meningkatkan kefahaman tentang apa yang sedang disampaikan oleh guru dalam PnP.
• Untuk modifikasi dan menetapkan strategi PnP yang sedia ada.

TUGASAN 4 • MINI KAJIAN TINDAKAN • AKTIVITI 4

Tajuk Mini Kajian Tindakan kumpulan kami ialah:

Pelaksanaan karaoke/nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sebab kumpulan kami memilih tajuk tersebut ialah kerana:

1. Menggunakan pendekatan karaoke/nyanyian dalam mewujudkan suasana PnP yang kondusif bagi menimbulkan minat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. Pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang minat dan bakat mereka dalam seni muzik.
3. Menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu meresap ke dalam minda pelajar kerana lagu yang disukai akan mereka nyanyikan berulang-ulang dengan kemahuan mereka sendiri.
4. Kebanyakan guru Bahasa Melayu menggunakan kaedah pengajaran secara kuliah. Ini akan membuatkan pelajar menjadi jemu dan hilang tumpuan.
5. Muzik merupakan medium yang bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan pelajar, meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti pelajar.
6. Memberi peluang pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang menggembirakan serta memberi pengetahuan dan pengalaman dengan berkesan.
7. Meningkatkan tahap keyakinan dan keberanian pelajar untuk menyampaikan nyanyian di khalayak rakan-rakan lain.

Peserta Kajian
Pelajar subjek Bahasa Melayu seramai 20 orang.

Setting Kajian
Bilik darjah

TUGASAN 3 • KOLOKIUM DPLI JAN '09 • AKTIVITI 3

2 kajian tindakan yang dijalankan oleh peserta

1. Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Subjek Sains Melalui Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) ( Syaidatul Haini Binti Mohd Radzi dan Rasyidatun Naja Isa)

2. Meningkatkan Pemahaman Dan Suasana Pembelajaran Pelajar Bagi Subjek Biologi Tingkatan Empat Menggunakan Kaedah Peta Minda Secara Berkumpulan (Hasmalina Binti Hamzah dan Hazwin Dalila Harris)


Kedua-dua kajian menepati/bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. Dalam kedua-dua kajian, pengkaji-pengkaji telah mengenalpasti masalah yang timbul dan cuba memikirkan alternatif untuk mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan metodologi yang sesuai.
Pengkaji-pengkaji juga telah membuat rujukan yang menyeluruh tentang pendekatan yang dicadangkan. Ini bertujuan memastikan penyelesaian yang dipilih berupaya untuk memperbaiki dan menambahbaik kualiti PnP yang disampaikan.

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 1 • BUKU • AKTIVITI 10

Apa yang dimaksudkan Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu cara penyelidikan atau siasatan, iaitu dengan melakukan penilaian pada kaedah sedia ada, penyelidik kemudiannya akan memfokuskan kepada masalah (apa yang perlu dijelaskan) dan mendapatkan maklumat (siapa yang terlibat, isi kandungan kajian). Kemudiannya pengkaji akan melakukan proses perancangan, perlaksanaan, menilai dapatan dan seterusnya mendapatkan kesimpulan.

Kajian tindakan adalah bercorak pernyertaan yang dilaksanakan oleh pengkaji (guru) untuk tujuan penambahbaikan dan perubahan. Kajian yang dijalankan ini melibatkan guru dan pelajar. Kajian tindakan adalah proses untuk menggalakkan guru membuat refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri.

TUGASAN 1 • BUKU • AKTIVITI 10

Ulasan Buku

Tajuk: The Art of Action Research in the Classroom

Pengarang: Christine Macintyre

Penerbit: David Fulton Publishers

Kajian tindakan merupakan satu penyelidikan yang dijalankan pada keadaan semasa. Pengkaji akan memfokuskan kepada pernyataan masalah atau satu-satu topik yang perlu penghuraian lanjut. Kemudiannya, berdasarkan pengumpulan maklumat seperti sampel kajian, setting kajian dan metodologi kajian, pengkaji akan merangka pelan, langkah perlaksanaan dan akhirnya membuat penilaian daripada hasil dapatan seterusnya membuat kesimpulan terhadap keseluruhan kajian yang telah dijalankan.


Mengapa guru membuat kajian tindakan

Menguji prosedur pengajaran sedia ada, meneliti jurang yang wujud, mencuba sesuatu pendekatan baru, mencuba kaedah yang lebih inovatif serta memperbaiki aspek-aspek tertentu dalam pembangunan pelajar.

Bila guru membuat kajian tindakan

Perlaksanaan kajian tindakan ini merupakan proses yang berterusan seperti dalam gelung serta bersifat tidak “straightforward”. Biasanya kajian tindakan dirancangkan selepas guru membuat refleksi dalam pengajaran. Research process begin with reflection (Macintyre 2000).

Bagaimana guru membuat kajian tindakan?

Bermula dengan proses yang paling penting, iaitu Literatur. Guru meneliti kajian-kajian literature untuk mengenalpasti topik-topik yang relevan dan menarik untuk dikaji.

Guru bolehlah menanda kata kunci, frasa penting supaya dapat memfokuskan pemikiran pada aspek tertentu dalam topik, ataupun mendapatkan kajian-kajian lepas yang hampir sama sebagai rujukan lanjut.

Kenalpasti dan buat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai untuk merangka action plan dan mengumpul data.

Sentiasa membuat refleksi, melakukan metakognisi dalam diri dengan menanyakan soalan kepada diri, seperti, “ Apakah strategi yang terbaik untuk saya gunakan?” ataupun “Adakah literature yang telah dipilih memberikan saya panduan yang terbaik?”.

Mempertimbangkan sample kajian, setting kajian dan berfikir secara menyeluruh dari awal hingga akhir kajian.

Bagaimana data dikumpul?

- Melakukan action plan, rancang metod pengumpulan data.

- Ambilkira sample, kesesuaian suasana dan tempat.

- Mengambilkira ‘peraturan’ memulakan kajian tindakan berikut:

- formulasikan soalan kajian yang jelas, tepat dan sah, bentukkan kategori untuk pengumpulan data.

- Kenalpasti kesemua sumber yang mungkin menyebabkan berlaku berat sebelah dan ambil langkah untuk mengurangkannya.

- Pertimbangkan bantuan yang diperlukan untuk menjayakan kajian tersebut.

TUGASAN 2 • ULASAN JURNAL • AKTIVITI 2

JURNAL 1
Tajuk: Implementing Readers Theatre as an Approach to Classroom Fluency Instruction.
Pengarang: Chase Young; Rasinski, Timothy

Kajian tindakan yang dilakukan:

Mengkaji kesan teknik Research Theatre untuk memperbaiki kefasihan dan pencapaian membaca secara keseluruhan di kalangan pelajar sekolah rendah.

Masalah:

Kebanyakan pelajar menganggap pembacaan pantas adalah sama seperti pembacaan lancar/mahir. Pengkaji menganggap keadaan tersebut sebagai tidak kena pada tempatnya dan ia merupakan pendekatan yang tidak berasas untuk diamalkan dalam pengajaran. Pengkaji berpendapat pendekatan ini boleh membawa kepada generasi pembaca yang boleh membaca dengan cepat, tetapi hanya mempunyai kefahaman yang sedikit tentang apa yang dibaca dan tidak mendapat kepuasan. Selain itu, perhatian yang kurang diberikan kepada kaedah membaca dengan ekspresi yang bermakna.

Sampel, setting kajian:

29 orang pelajar gred dua monolingual di Eagle Elementary School, Dallas. Kajian dibuat pada minggu kedua sekolah sehingga minggu terakhir sesi persekolahan.

Bagaimana kajian dibuat:

Pengumpulan data melalui

· borang penilaian daerah dan negeri untuk mengukur peningkatan pembacaan di kalangan pelajar.

· Borang penilaian Texas Primary Reading Inventory (TPRI)

· Rubrik – mengukur penggunaan dari segi sajak dan puisi

Dapatan kajian

1. Ketepatan pengecaman perkataan oleh pelajar telah meningkat dengan sedikit peningkatan pada penghujung tahun.
2. Peningkatan dari sedi kadar bacaan pelajar di dalam kelas.
3. Peningkatan dari segi kefasihan yang didapati melebihi jangkauan pada seorang murid biasa/normal gred 2.
4. Kesimpulannnya, kesemua sample kajian telah menunjukkan peningkatan yang jauh lebih baik daripada kelas lain yang kurang menekankan teknik Readers Theatre.
.................................................................................................................................................................
JURNAL 2
Tajuk: Action research approach on Mobile Learning Design for the Underserved
Pengarang: Paul H. Kim

Kajian tindakan yang dilakukan:

Kertas ini membincangkan satu kajian tindakan yang memfokuskan kepada pembangunan model pembelajaran mobile bagi tujuan pembangunan literasi kanak-kanak masyarakat asli migran, di Amerika Latin.

Masalah:

· Perbezaan yang ketara wujud pada kadar literasi dan capaian kepada pendidikan formal bagi populasi asli dan bukan asli (UNESCO/OREALC, 2004).

· Di Mexico, ramai kanak-kanak asli tinggal di dalam komuniti yang sangat kecil, tidak disediakan sekolah; satu kumpulan lain pula akan sentiasa berpindah-randah dengan ibu bapa mereka setiap tahun untuk menuai, tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap (Schmelkes, 2000)

Sampel, setting kajian:

250 kanak-kanak migran asli, 20 ibu bapa, 9 wakil tempatan dan kawasan, 4 pegawai kerajaan, 5 ketua korporat, 6 kakitangan sokongan.

Ibu bapa dan kanak-kanak yang menjadi sampel daripada 5 kampung yang berbeza.

Bagaimana kajian dibuat:
· Pemerhatian on-site

· Temubual kepada kanak-kanak secara individu dan berkumpulan

· Pelbagai jenis data termasuk diari daripada pemerhatian, dokumen, rakaman audio, gambar dan rakaman video dikumpulkan melalui siri interaksi dengan semua yang terlibat dalam kajian ini.

Dapatan kajian

Kanak-kanak mendapati peranti mobile merupakan teman membaca yang sangat menyeronokkan. Ibu bapa pula menerima peranti tersebut adalah sesuai untuk proses pembelajaran.
.................................................................................................................................................................
JURNAL 3
Tajuk: An action research project on preparing teachers to meet the needs of underserved student populations.
Pengarang: Gayle A.Buck and Jeanene G.Cordes

Kajian tindakan yang dilakukan:

Kertas ini membincangkan satu kajian tindakan yang ditumpukan kepada peringkat awal dalam pembentukan program persediaan guru. Fokus utama kajian ini ialah untuk menyediakan guru-guru sains sekolah rendah dan menengah agar dapat memenuhi keperluan kanak-kanak daripada populasi kecil.

Masalah:

· Peringkat keyakinan yang rendah dalam mengajar subjek Sains di populasi Terpencil.

· Kurang pengetahuan tentang strategi pedagogi bagi menggalakkan kejayaan kepada populasi terpencil.

· Kurangnya kesediaan guru untuk mengajar Sains kepada pelajar di dalam latarbelakang yang berbeza.

Sampel, setting kajian:

· -20 guru pra latihan daripada College of education and Human Science, USA, kanak-kanak daripada populasi terpencil

Bagaimana kajian dibuat:

Pengumpulan data melalui:

Soal selidik terbuka, dokumen seminar, pemerhatian, analisis kuantitatif dan kualitatif, penilaian seminar, maklum balas online

Dapatan kajian

· Kajian menunjukkan keputusan yang lebih baik terhadap tahap keyakinan dan pengetahuan guru bagi memenuhi keperluan populasi pelajar terpencil dalam pendidikan Sains.

· Kajian telah membawa kepada pembangunan pengalaman secara informal dan pelbagai di dalam organisasi tempatan.

· Memperluaskan fokus melebihi pengalaman guru, untuk menyediakan metod kajian yang bersesuaian agar dapat memenuhi keperluan populasi pelajar terpencil dalam pendidikan Sains.

TUGASAN KELAS • NOTA

KONSEP DAN MODEL KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu penyelidikan yang dijalankan pada keadaan semasa. Pengkaji akan memfokuskan kepada pernyataan masalah atau satu-satu topik yang perlu penghuraian lanjut. Kemudiannya, berdasarkan pengumpulan maklumat seperti sampel kajian, setting kajian dan metodologi kajian, pengkaji akan merangka pelan, langkah perlaksanaan dan akhirnya membuat penilaian daripada hasil dapatan seterusnya membuat kesimpulan terhadap keseluruhan kajian yang telah dijalankan.

Pelopor kajian tindakan di bilik darjah di United Kingdom, Elliott dan Adelman (1976) berpendapat kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi sosial di sekolah.

Elliott (1981) mengatakan bahawa, “kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial”.

Mc. Niff (1998) menerangkan bahawa kajian tindakan ialah satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

MODEL

Model Kurt Lewin

Pendekata Lewin melibatkan langkah gelungan yang terdiri daripada gelungan proses merancang, melaksana dan mencari fakta terhadap dapatan kajian.
Langkah pertama:
Memeriksa idea dan mencari fakta. Pelan keseluruhan tentang bagaimana mencapai objektif yang diharapkan.
Langkah seterusnya:
Merancang, melaksanakan apa yang dirancang pada langkah pertama, mencari fakta bagi tujuan menilai dapatkan kajian, dan menyediakan asas untuk langkah ketiga. pada fasa ini juga modifikasi kajian masih boleh dilakukan.

Model-model lain

Reka bentuk kajian secara mudahnya melibatkan 4 peringkat iaitu reflektif --> rancang --> tindakan --> pemerhatian. Di bawah merupakan beberapa model reka bentuk kajian tindakan.


Berikut adalah penerangan umum tentang gambarajah model-model di atas:

Proses 1: Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Proses 2: Menentukan aktiviti-aktivit dan tempoh masa perlaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3: Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti (contoh: secara iindividu atau berkumpulan)

Proses 4: Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan (contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar)

Proses 5: Analisa keputusan/dapatan. Menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
Proses 6: Bertindak iaitu menjalankan kajian berdasarkan perancangan.

Proses 7: Memerhati (mengumpul maklumat). Contoh: Pemerhatian, temubual, soal selidik.

Proses 8: Refleksi. Membuat analisa dan refleksi. Data yang dikumpul akan dianalisa dan dibuat pentafsiran. Analisis data dibuat melalui perbincangan antara sesama rakan guru.

Reka bentuk kajian di atas menunjukkan reka bentuk kajian bukanlah satu pusingan kajian sahaja tetapi ia merupakan satu proses yang berterusan dan mempunyai beberapa pusingan. Malah, kajian tindakan ini tidak akan berakhir sehinggalah ia menghasilkan hasil yang diingini atau positif.

Systems Model of Action Research Process





Action research is depicted as a cyclical process of change. The cycle begins with a series of planning actions initiated by the client and the change agent working together. The principal elements of this stage include a preliminary diagnosis, data gathering, feedback of results, and joint action planning.

The second stage of action research is the action, or transformation, phase. This stage includes actions relating to learning processes (perhaps in the form of role analysis) and to planning and executing behavioral changes in the client organization.

The third stage of action research is the output, or results, phase. This stage includes actual changes in behavior (if any) resulting from corrective action steps taken following the second stage. Data are again gathered from the client system so that progress can be determined and necessary adjustments in learning activities can be made.

TUGASAN 3 • Laporan Kolokium 1

Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Subjek Sains Melalui Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
oleh:
Syaidatul Haini Binti Mohd Radzi (P48676)
Rasyidatun Naja Isa (P48623)

Pernyataan Masalah

Pengajaran Sains dalam kelas bersifat satu hala di mana hanya guru yang aktif dalam menyampaikan isi pengajaran manakala pelajar menjadi pasif dan kurang bertanya kepada guru. Melalui beberapa pertemuan dengan pelajar yang menggunakan kaedah ini, pelajar kurang memberi tumpuan kepada pengajaran guru dan lebih gemar membuat kerja lain, berbual dengan rakan mahupun tidur. Selain itu, guru hanya memberi respon kepada persoalan yang berkaitan dengan silibus sahaja tanpa menghiraukan soalan yang berkaitan di luar silibus. Akibatnya, subjek Sains kurang diminati oleh pelajar.

Metodologi Kajian, Setting Kajian, dan Sampel Kajian

1. Proses kajian tindakan yang dijalankan adalah mengikut Model Kurt Lewin (1948). Menurut model ini, kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat atau langkah, Peringkat I: Mereflek, Peringkat II: Merancang, Peringkat III: Bertindak, Peringkat IV : Memerhati.

2. Setting kajian ini adalah pelajar Tingkatan 1A bagi subjek Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

3. Sampel kajian ialah seramai 35 orang yang terdiri dari kaum Melayu, India dan Cina dan daripada latar belakang keluarga yang sederhana dan mewah.

Pengumpulan dan Analisis Data

Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan oleh dua orang guru yang terlibat untuk melihat perubahan minat pelajar semasa terlibat dalam aktiviti. Gambar diambil semasa pelajar menjalankan aktiviti untuk dijadikan bahan dokumentasi. Guru melihat perbezaan minat para pelajar dari reaksi yang dipamerkan oleh mereka.

Temubual

Beberapa pelajar ditemubual oleh guru untuk melihat pandangan dan reaksi mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melalui kaedah penyelesaian masalah.

Analisis data

Daripada pemerhatian, reaksi dan sikap pelajar semasa proses P&P menggunakan kaedah PBM yang ditunjukkan adalah positif. Kerjasama antara ahli kumpulan yang ditunjukkan juga memberangsangkan.

Daripada temubual, didapati persepsi pelajar terhadap kaedah PBM berbanding kaedah konvensional adalah positif. Pelajar berpendapat kaedah PBM adalah baru bagi mereka dan sangat baik untuk menggantikan kaedah konvensional. PBM juga dikatakan mampu menjana idea pelajar.

Implikasi Kajian

Kaedah PBM adalah sangat sesuai digunakan sebagai alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya mampu menarik minat pelajar di samping menggalakkan proses pengajaran dua hala dan berpusatkan pelajar.

Kebaikan | Kelemahan
Kebaikan
- kaedah PBM mampu merangsang minda pelajar untuk berfikir dengan lebih kritis dan mendalam.
- guru boleh mengaitkan kaedah ini dengan apa yang berlaku dalam dunia sebenar.

Kelemahan
- memerlukan bimbingan guru untuk mengaitkan dengan nilai murni.
- sesuai diamalkan semasa perkembangan, tetapi kurang sesuai apabila berada dalam fasa pengukuhan atau mengingat

Apa yang dapat dipelajari daripada kajian | PENAMBAHBAIKAN

Daripada hasil kajian yang positif ini, guru-guru bolehlah memanfaatkan kaedah PBM dengan lebih kerap dan tidak hanya menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru semata-mata. Guru perlu mempunyai inisiatif sebagai rujukan bagi mendapatkan idea dan aktiviti yang kreatif yang berasaskan kaedah PBM. Antaranya ialah aktiviti permainan, lakonan, perbincangan kumpulan, main peranan dan lain-lain lagi agar aktiviti PnP menjadi lebih menarik dan bermanfaat kepada pelajar.

TUGASAN 3 • Laporan Kolokium 2

Meningkatkan Pemahaman Dan Suasana Pembelajaran Pelajar Bagi Subjek Biologi Tingkatan Empat Menggunakan Kaedah Peta Minda Secara Berkumpulan
oleh:
Hasmalina Binti Hamzah (P48655)
Hazwin Dalila Harris (P48603)


Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan kerana pelajar sering bermasalah dalam memahami isi kandungan bagi subjek Biologi. Pelajar sering melihat subjek biologi sebagai subjek yang membosankan

Kaedah peta minda di pilih kerana ianya dilihat sebagai salah satu kaedah motivasi yang dapat merangsang para pelajar mengingat dengan lebih mudah dan interaktif

Metodologi Kajian, Setting Kajian, dan Sampel Kajian

Metodologi Kajian ini ialah:

Perancangan
- Pemerhatian oleh guru terhadap tingkah laku pelajar sewaktu sesi PnP oleh guru asal.
- Guru menyenaraikan alternatif dan membuat perbincangan.
- Guru merancang instrumen yang akan digunakan dalam fasa tindakan dan penilaian.

Tindakan
- Guru memilih topik yang sesuai dalam subjek Biologi (The Use of Technology in Food Production)
- Aktiviti ini dilakukan semasa 3 waktu pengajaran Biologi.

Pemerhatian
- Guru membuat pemerhatian dan catatan semasa kerja berkumpulan.

Refleksi
- Penilaian kendiri oleh guru.
- Hasil temubual.
- Hasil analisis borang kaji selidik.

2. Setting kajian ini adalah pelajar di Sekolah Agama Menengah Bestari.

3. Sampel kajian ialah seramai 60 orang pelajar dari kelas 4 Al-Biruni dan 4 Al-Kindi.

Pengumpulan dan Analisis Data

Pemerhatian pengkaji (Penilaian kendiri-RPH)
Borang kaji selidik
Temubual berstruktur dan tidak berstruktur

Analisis Data

Daripada pemerhatian, didapati pelajar lebih aktif dan bersemangat ketika melakukan tugasan dan tidak kekok berinteraksi dalam kumpulan. Hasil pembentangan juga kreatif dan memuaskan.

Hasil daripada temubual kebanyakan pelajar mengatakan kaedah peta minda memberi gambaran lebih jelas tentang isi pengajaran, penting sebagai aktiviti pengukuhan pelajar, perlu diaplikasi di awal pengajaran, membantu dalam komunikasi antara pelajar, lebih bersifat interaktif dan pelajar dapat bertukar idea tentang sesuatu perkara.

Implikasi Kajian

Terdapat perubahan yang sangat ketara terhadap minat pelajar pada subjek ini setelah kaedah ini di terapkan. Walaupun begitu, Penambahbaikan perlu dijalankan bagi meningkatkan keefisyenan kajian yang di jalankan.

Penggunaan peta minda memudahkan pelajar memahami setiap konsep, istilah dan isi kandungan bagi tajuk nutrisi dalam subjek Biologi, mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan dapat meningkatkan komunikasi pelajar.

Kebaikan | Kelemahan
Kebaikan
- penggunaan visual berupaya meningkatkan minat pelajar
- penggunaan peta minda adalah kaedah yang sesuai untuk memudahkan pelajar untuk mengingat

Kelemahan
- pelajar mungkin bosan jika guru hanya memfokuskan kaedah peta minda sahaja
- perlu tunjuk ajar guru terutama jika pelajar perlu membuat peta minda yang melibatkan banyak maklumat

Apa yang dapat dipelajari daripada kajian | PENAMBAHBAIKAN

Penggunaan peta minda bukan hanya terbatas penggunaannya kepada pelajar untuk mengingat. Kreativiti yang ada pada guru membolehkan penggunaan peta minda yang lebih meluas iaitu diaplikasikan sebagai teknik pengajaran di dalam bilik darjah. Bagi guru pula, bolehlah mempelbagaikan aplikasi peta minda di dalam kelas dengan mengintegrasikan dengan kaedah berpusatkan pelajar seperti mengadakan aktiviti pembentangan, pertandingan, aktiviti berkumpulan dan lain-lain lagi.