Saturday, December 5, 2009

TUGASAN 1 • BUKU • AKTIVITI 10

MENGENALPASTI MASALAH kajian tindakan

Proses mengenalpasti masalah kajian tindakan bertepatan dengan definisi penulis tentang Kajian Tindakan itu sendiri, iaitu merupakan satu proses penyiasatan, kesan daripada penilaian kaedah pengajaran semasa, dan seterusnya memfokuskan kepada MASALAH dan asas kepada maklumat.

Penulis mencadangkan idea-idea untuk mengenalpasti masalah kajian tindakan seperti:

1. Perbincangan dengan rakan yang lain, untuk mempertimbangkan pandangan daripada kajian literatur yang lepas dan membuat refleksi terhadap kaedah sedia ada.

Menurut Sagor (2005), kaedah refleksi dalam kumpulan juga merupakan strategi yang baik untuk mencari topik yang bermakna. Ini adalah kerana setiap rakan dalam kumpulan akan berkongsi idea, mengumpulkan isu-isu serta masalah yang berkaitan serta menentukan matlamat yang ingin dicapai.

2. Memeriksa semula (re-examining) cara mengajar atau prosedur kelas, menilai strategi mengajar yang dicadangkan, mod pengajaran atau pengorganisasian kelas, membuat eksperimen terhadap kaedah yang inovatif, mengambil langkah untuk memperbaiki pembangunan kanak-kanak.

3. Browsing through the literature – membolehkan pengkaji mengenalpasti topik yang relevan dan bersesuaian. Kemudiannya mencari kata kunci dan frasa agar dapat membantu memfokuskan pemikiran terhadap aspek tertentu supaya dapat mengenalpasti kajian baru yang munasabah dan realistik.

Menurut Sagor (2005), pembacaan kajian-kajian yang lepas membolehkan pengkaji untuk memerhati pattern atau corak atau trend dalam menentukan keutamaan dan kecenderungan.

4. Penulis juga menggunakan kajian lepas yang hampir sama, untuk membolehkan pengkaji membuat kajian lanjutan (research extending knowledge) dengan cara membanding, mengkontrakan dan menilai kesesuaian dengan kajian yang akan dijalankan.

5. Pengkaji perlu mengambilkira kesesuaian topik dengan peringkat pembangunan kanak-kanak, umur, personaliti, pencapaian dan mungkin juga rakan-rakan di sekeliling mereka.

6. Mengambilkira persekitaran kajian secara spesifik, seperti kesediaan rakan untuk membantu membuat pemerhatian agar dapat mengurangkan berat sebelah, amaun masa, keadaan sampel kajian sama ada mereka telah mengalami perubahan dalam jangkamasa terdekat, serta faktor sosial di dalam dan di luar sekolah.

BERDASARKAN buku lain

1. Membandingkan pengalaman sendiri dan orang lain – supaya kajian yang dijalankan dapat meliputi segala aspek yang terlibat dengan setting kajian; guru, pelajar dan kumpulan.

2. Mendapatkan maklumat daripada rakan sekerja – dapat mengumpulkan pengalaman dan pandangan mereka terutama yang berkaitan dengan topik yang ingin dikaji.

3. Melakukan tinjauan literatur.

4. Sagor (2005) juga mencadangkan pengkaji untuk mengendalikan instructional postmortem terhadap aktiviti pengajaran yang telah lepas. Dengan menilai semula, pengkaji akan cuba untuk belajar sebanyak yang mungkin daripada kelemahan dan cuba melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

5. Temubual reflektif merupakan satu pendekatan yang bertujuan memberikan pengkaji peluang untuk menetapkan fokus dalam kajian yang dijalankan (Sagor, 2005).

6. Melakukan kritikan terhadap kajian kes – untuk mendapatkan pro dan kontra yang wujud daripada pendekatan lepas. Ini membolehkan pengkaji mendapatkan fokus terhadap satu aspek masalah untuk dikaji dengan lebih mendalam (Bell, 2005).

RUJUKAN

Bell, J. 2005. Doing your research project. London: Open University Press.

Macintyre, C. 2000. The art of action research in the classroom. London: David Fulton Publishers.

Sagor, R. 2005. The action research guidebook: A four step process for educators and school teams. America: Corwin Press.

No comments:

Post a Comment