Friday, December 11, 2009

ULASAN BUKU




CHAPTER 1 • ACTION RESEARCH EXPLAINED

Dalam bab ini, penulis menjelaskan tentang takrifan penulis tentang Kajian Tindakan

“Action research is an investigation, where, as a result of rigorous self-appraisal of current practice, the researcher focuses on a problem (or a topic or an issue which needs to be explained), and on the basis of information (about the up-to-date state of the art, about the people who will be involved and about the context), plans, implements, then evaluates an action then draws conclusions on the basis of the findings.”

(Macintyre 1991)

Kepentingan kajian literature

- dapat mengenalpasti topik yang relevan, menarik dan bersesuaian untuk pengkaji.

- Sebagai sumber rujukan dan idea bagi pengkaji, sama ada ingin membuat kajian lanjutan tentang apa yang telah dikaji oleh kajian literature yang lepas.

- Memberikan gambaran terhadap pelbagai kemungkinan/masalah yang mungkin dihadapi sewaktu menjalankan KT, seperti sample kajian, masa, pengaruh sekeliling, bantuan, kesesuaian tajuk dengan umur sample kajian, factor social.

Bagaimana data dikumpulkan

- ini membawa kepada istilah “Triangulation” yang bermaksud merancang metod pengumpulan data yang berbeza terlebih dahulu sebelum melaksanakan langkah pertama dalam kajian. Lebih ideal lagi jika kajian diselia oleh orang yang berbeza-supaya dapatan kajian nanti boleh dibandingkan dan keputusan yang sahih diperolehi.

- Matlamatnya adalah untuk mendapatkan data yang bersifat objektif dan berlaku secara konsisten. Ini bermaksud, data harus dikumpul pada beberapa situasi dan tempat yang berlainan, agar dapat gambaran sebenar apa yang berlaku.

- VERY IMPORTANT PRINCIPLE: pengkaji mengambil sebarang langkah yang mungkin untuk mengurangkan bias agar memastikan dapatan kajian adalah sahih.

- Jika usaha ini kelihatan agak rumit dan kompleks, penulis mencadangkan agar pengkaji membuat kajian secara berkumpulan.

Pendapat penulis tentang Kajian Tindakan: Kreatif, kontekstual, realistic, fleksibel, teliti, illuminating dan asli.

................................................................................................................................................................

CHAPTER 2 • THE ROLE OF THE LITERATURE

Penulis menjelaskan kepentingan membaca tinjauan literature adalah untuk:

- memperkayakan pengalaman

- metod yang digunakan, tempat menjalankan kajian, peserta terlibat, dapatan, apa yang diperoleh daripada kajian

- perspektif yang berbeza daripada pelbagai penulis terhadap topik yang sama. Hal ini boleh mendatangkan kekeliruan, tetapi boleh diatasi jika pembaca memahami sumber dan implikasi terhadap perkara yang tidak konsisten itu.

- Item/topik yang perlu diteliti dalam tinjauan literature dan jurnal.

How to begin

- Reviewing the literature. Stage 1. Scanning the field.

o Rujuk semula penilaian pengajaran dan kenalpasti bidang/aspek yang boleh dikaji atau ditambahbaik.

o Ada juga kebanyakan pengkaji sudah tahu topik yang akan dipilih berdasarkan apa yang pengkaji rasakan memerlukan penambahbaikan.

- Stage 2. Selecting key texts.

o Selepas selesai memilih topik, langkah seterusnya adalah menyaring bilangan kata kunci. Ini dilakukan dengan cara mengenalpasti apa yang dikaji oleh kajian tersebut, apa persoalan kajian yang diutarakan, apa isu yang diketengahkan, metod pegumpulan data, apa dapatan yang diperoleh.

Writing a literature review

- untuk menunjukkan bagaimana kajian yang dilakukan mempunyai panduan, terarah dan mendapat inspirasi daripada pembacaan tinjauan literature yang lepas. Panduan ini adalah untuk membantu pengkaji membuat keputusan yang yang hendak disiasat dan bagaimana hendak melakukannya.

- Dalam bahagian literature review, matlamatnya adalah untuk menunjukkan bagaimana persoalan kajian dan apa langkah/strategi yang diambil diilhamkan daripada pembacaan literature yang lepas.

- Penulis mencadangkan, adalah sesuai untuk menyebut sedikit tentang pemilihan teks yang menerangkan tentang kajian yang kita jalankan untuk menunjukkan bahawa kita mendapat kefahaman daripada pembacaan tersebut.

- Perkara lain yang peru diambilkira adalah: panjang perkataan, bilangan persoalan yang hendak digunakan.

................................................................................................................................................................

CHAPTER 3 • FORMULATING RESEARCH QUESTION

Persoalan kajian merupakan focus utama dalam kajian. Ia perlulah jelas, tidak kabur dan asli. Membuat persoalan kajian yang menarik dna berguna adalah perkara kritikal dalam proses kajian kerana matlamat KT adalah untuk menyediakan bukti atau data untuk menjawab segala persoalan kajian.

Aspek lain yang juga perlu dipertimbangkan agar KT dapat dilaksanakan dengan yakin dan beretika adalah:

ETHICAL CONSIDERATIONS

Memastikan keseluruhan proses membuat KT menepati etika dan tidak menimbulkan ketegangan antara peserta kajian, sama ada di sekolah atau setting kajian yang lebih besar.

Observe protocol

‘Peraturan’ pertama ialah memberikan gamabran yang jelas tentang topik kajian, rancangan tindakan, siapa yang terlibat dan cara pengumpulan data kepada semua yang terlibat. Ini berguna untuk membantu pengkaji menjelaskan dan menjustifikasi tujuan kajian dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan keseluruhan KT.

Menyimpan salinan bagi sebarang aktiviti komunikasi, sebagai persediaan kepada guru.

Perlu mendapatkan kelulusan daripada pengetua terlebih dahulu sebelum memberitahu ibu bapa.

Pengkaji perlu mematuhi prosedur dalam sesebuah organisasi atau sekolah; sebagai contoh jika sekolah telah merangka pelan atau mekanisma untuk menangani perubahan di sekolah.

Decentre

Penulis mencadangkan langkah terbaik untuk mengelakkan berlaku masalah ialah dengan decentre; iaitu meletakkan diri di tempat kanak-kanak, ibu bapa atau guru dan cuba untuk memahami keinginan dan masalah yang dihadapi.

Confidentiality

Memastikan kerahsiaan dan hanya memberikan maklumat kepada individu tertentu yang terlibat dengan kajian seara langsung. Ini untuk memastikan peserta kajian bertindak dengan sejujur yang mungkin.

Bias

Memastikan peserta kajian menjawab soal selidik, diperhatikan dan ditemubual dan menjawab dengan jujur dan yakin. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku berat sebelah dan boleh mempengaruhi dapatan kajian. Inilah sebabnya mengapa pengumpulan data adalah lebih baik jika dilakukan oleh orang yang berlainan. Di sinilah konsep Triangulation diaplikasikan.

Reliability

Mengurangkan bias menjadikan sesuatu kajian itu sahih dan boleh dipercayai. Apabila persoalan kajian telah dibuat, adalah lebih baik jika ianya diuji kepada rakan-rakan terdekat. Ini adalah untuk memastikan maksud soalan tersebut difahami dengan betul bagi individu yang berbeza dan menunjukkan jenis jawapan yang bakal diberikan oleh responden.

Validity

Cara untuk memastikan persoalan kajian adalah sah/valid ialah dengan menyemak sama ada ianya mematuhi peraturan berikut:

- adakah persoalan tersebut dibina dengan jelas supaya jawapan yang diberikan dapat memberikan data kepada kajian?

- Adakah prosedur kajian jelas dan membolehkan kesemua peringkat kajian boleh dinilai?

- Adakah langkah diambil untuk mengurangkan bias dan meningkatkan kesahihan?

................................................................................................................................................................

CHAPTER 4 • GATHERING THE DATA

Perlu mempertimbangkan soalan-soalan berikut semasa merancang pengumpulan data

Apa?

kajian hendak meliputi tentang apa, sama ada seluruh kurikulum atau satu aspek sahaja?

apa yang diandaikan tentang pembelajaran baru yang bakal berlaku?

Maklumat apa yang diperoleh dari literature yang bantu dalam merancang kajian?

Bagaimana?

- hendak mengumpul data?

- Apa strategi yang hendak diguna?

- Apa langkah yang akan diambil untuk mengurangkan bias? Laksanakan triangulation?

Bila?

- kekerapan kumpul data?

- Ambil kira factor kesediaan pelajar.

- Apa alternatif?

Di mana?

- tempat menjalankan pengumpulan data?

- Ambil kira ganggunan dari ibu bapa.

Apa sumber?

- peralatan video, tape recorder, komputer, mikrofon

Apa jenis rakaman yang perlu dibuat?

- field notes – mana, bila dan berapa banyak maklumat diperlukan/yang hendak direkodkan?

- Pemerhatian – apa format, kekerapan, adakah mengambil kira non-verbal behaviour?

- Soal selidik – berapa banyak soalan dan berapa bilangan responden


5 instrumen pengumpulan data

Field notes

- cara yang paling cepat untuk rekod kelakuan semasa ia berlaku

- adalah quick observation tentang sesuatu yang berlaku sekarang, jadi, kaedah ini ada liveliness dan keaslian

- contoh: Guru merekod field notes terhadap bilangan kanak-kanak yang sedikit dalam masa seminggu. Pastikan meliputi semua aspek dalam pembangunan intelek, social, emosi, fizikal dan motor.

Kemudian, merekod dalam buku nota. Guru-guru berkumpul secara mingguan untuk bincang dapatan yang diperoleh daripada kanak-kanak tersebut.

Hasil perbincangan boleh dijadikan material yang boleh digunakan sebagai bukti untuk lakukan proses pupil profiling.

- TAPI – segala perekodan hanya boleh menerangkan tentang insiden, berbanding pengkaji cuba untuk menjelaskan ‘mengapa’. Ini boleh dikatakan SPECULATION (not a good research tool)

Audio and videotape recording

- boleh digunakan untuk merekod jarak dalam berinteraksi, kelajuan sebutan, intonasi suara dan perkataan yang sebenar yang dicakapkan.

- Rakaman video membantu dari segi merakam postur badan, ekspresi muka dan pergerakan yang dibuat, interaksi kerja kumpulan dan sebarang aspek dalam pengajaran.

- Perlu ada sokongan, contohnya yang diperolehi melalui ‘triangulation’.

Structured observation schedules

- merupakan cara yang berguna dalam mengumpul data objektif di dalam kelas.

- Boleh digunakan dalam pelbagai cara, untuk merekod aspek pengajaran dan pembelajaran

- Hasil rakaman memberikan sumber informasi yang banyak yang boleh digunakan untuk refleksi dan penilaian. Ia boleh membentuk asas untuk perbincangan dan perancangan akan datang.

Soal selidik

- merupakan tinjauan terhadap pendapat yang berlainan daripada bilangan responden yang ramai. Soalannya adalah standard, dimana setiap responden akan menerima bilangan soalan dan jenis yang sama.

- Responden dipilih secara rawak, supaya dapat mengurangkan risiko berlaku bias.

- Merupakan cara yang pantas dan efektif untuk mengumpulkan banyak maklumat dari jumlah responden yang ramai.

Temuramah

- Merupakan face-to-face interaction yang membolehkan penyoal untuk menanyakan soalan yang telah disediakan terlebih dahulu dan membolehkan penerangan lanjut diperoleh dari reponden; jika diperlukan.

- Responden mempunyai peluang untuk menyatakan pendapat masing-masing.

- Penyoal juga boleh membuat pemerhatian terhadap non-verbal cues.

................................................................................................................................................................

CHAPTER 5 • ANALYSING THE DATA

Pada peringkat ini, pengkaji perlu mendapatkan makna/mentafsir makna dari pelbagai sumber bukti untuk mengenalpasti konstruk seperti tema, insiden, corak (pattern) dan trend.

  • Tema – idea yang konsisten yang berlaku
  • Insiden – kekerapan sesuatu berlaku, atau bilangan respon dari soal selidik yang memberikan jawapan yang sama
  • Corak – masa berlakunya sesuatu; sama ada ia berlaku secara tunggal atau berkelompok
  • Trend – kekerapan corak yang berlaku

Menurut penulis inilah yang merupakan kata kunci yang kritikal dalam membuat penjelasan terhadap apa yang sedang berlaku.

How should I record my findings?

Data daripada kajian kes

Kenalpasti insiden, trend, corak pada data untuk menjelaskan maksudnya.

Bandingkan pencapaian setiap responden dan rekodkan pencapaian masing-masing. Dengan ini, pengkaji boleh mengatakan bahawa beberapa aspek telah dicapai oleh individu tertentu, manakala individu lain pula masih memerlukan lebih latihan.

Data daripada observation schedules

- kenalpasti kategori yang ingin dinilai dan direkodkan.

- Dapatkan insiden, bandingkan rakaman yang telah dibuat dan kenalpasti corak dan trend.

- Menganalisa hubungan di antara maklumat yang diperolehi.

Data daripada soal selidik

- kenalpasti insiden yang berlaku, trend, buat perbandingan dari segi tema dan trend yang ditetapkan.

- Jika memerlukan maklumat tambahan, pengkaji boleh membuat temuramah susulan dengan responden.

Data daripada rakaman audio dan temuramah

- pengkaji perlu nilai apa maksud perbualan terebut, adakah apa yang diperkatakan mengarah kepada kesimpulan yang diharapkan oleh pengkaji, dan menilai sama ada jawapan responden sama atau kontra dengan kajian yang telah dibuat dalam literature.

- Analisa jawapan responden untuk kenalpasti insiden, persamaan dan tafsirkan apa yang dimaksudkan oleh responden tersebut.

Data daripada rakaman video

- rakaman video berguna dalam menunjukkan corak pergerakan atau interaksi social.

- Membolehkan pengkaji menyemak semula insiden yang spesifik sekerap mana yang diingini.

- Boleh dikukuhkan dengan adanya bukti daripada foto untuk menjelaskan lagi hasil yang diperoleh.

................................................................................................................................................................

CHAPTER 6 • WRITING A DISSERTATION OR THESIS


No comments:

Post a Comment