Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 12 • PEMURNIAN

PENAMBAHBAIKANpernyataan masalah | tujuan | objektif kajian

Pernyataan Masalah


Didapati bahawa terdapat masalah dalam penguasaan bahasa Melayu sama ada secara keseluruhan atau bahagian tertentu dalam bahasa Melayu. Selain itu, pelajar kurang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Mereka menganggap bahawa subjek bahasa Melayu ini adalah satu subjek yang mudah terutamanya dalam kalangan pelajar Melayu. Hal ini kerana, bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka. Mereka beranggapan bahawa mereka sudah menguasai kemahiran bahasa tersebut sebagai pertuturan harian berbanding bahasa lain. Selain itu, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang masih ditakuk lama, iaitu menggunakan kaedah kuliah yang membosankan pelajar, secara tidak langsung telah menyebabkan mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu.


Objektif Kajian


Kajian ini dijalankan bagi memenuhi beberapa objektif berikut:

1. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Meningkatkan penglibatan pelajar melalui kaedah nyanyian atau karaoke dalam pengajaran dan pembelajaran.


Persoalan Kajian


1. Adakah kaedah nyanyian dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

2. Adakah kaedah ini meningkatkan penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran?

No comments:

Post a Comment