Saturday, December 5, 2009

TUGASAN 2 • JURNAL • AKTIVITI 11

JURNAL 1

Tajuk: Implementing Readers Theatre as an Approach to Classroom Fluency Instruction.

Pengarang: Chase Young; Rasinski, Timothy

PERNYATAAN MASALAH dalam kajian

1. Kebanyakan pelajar mengandaikan bahawa kaedah pembacaan pantas sebagai satu kaedah pembacaan yang lancar. Penulis berpendapat bahawa andaian tersebut adalah kurang sesuai serta merupakan satu pendekatan yang tidak tepat untuk diamalkan dalam pengajaran di dalam kelas yang berkaitan kelancaran lisan (fluency).

2. Penulis berpendapat bahawa sekiranya andaian ini berlanjutan diamalkan, ia boleh membawa kepada pembentukan generasi muda pembaca yang hanya boleh membaca dengan cepat, tetapi malangnya mempunyai sedikit kefahaman tentang apa yang dibaca, serta hanya memperoleh sedikit kepuasan dan keseronokan daripada pembacaan.

3. Apabila pelajar membaca secara pantas, kebiasaannya hanya sedikit tumpuan diberikan kepada pembacaan yang mempunyai ekspresi bermakna.

BAGAIMANA MEREKA melapor penyataan masalah

Penulis melaporkan pernyataan masalah dengan menyertakan pernyataan atau petikan sokongan daripada kajian literatur yang dijalankan oleh pengkaji yang lepas.

.................................................................................................................................................................

JURNAL 2

Tajuk: Action research approach on Mobile Learning Design for the Underserved

Pengarang: Paul H. Kim

PERNYATAAN MASALAH dalam kajian

1. Dalam masyarakat yang tidak menekankan kesaksamaan, kanak-kanak tidak mempunyai peluang yang sama rata untuk belajar dan merebut manfaat. Ramai lagi yang ditidakkan haknya untuk mendapatkan pendidikan dan melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

2. Di Mexico, ramai kanak-kanak yang tinggal dalam komuniti yang sangat kecil sehingga tiada sekolah disediakan dan sebahagian lagi kumpulan akan berpindah-randah mengikut ibu bapa pada setiap tahun menuai. Oleh itu, mereka tidak akan tinggal lama di satu tepat untuk jangkamasa yang lama. Ini juga menyebabkan kanak-kanak ini tidak mempunyai kelayakan untuk dimasukkan di sekolah.

3. Maka apabila kanak-kanak yang tidak mempunyai peluang pendidikan diasingkan daripada masyarakat, ini meyebabkan mereka berterusan hidup tanpa ada kemahiran yang perlu untuk menjamin kehidupan mereka pada masa hadapan.

4. Capaian internet yang terhad untuk penduduk asli.

5. Usaha yang dijalankan sehingga kini menggunakan peranti mudahalih untuk pembelajaran bahasa, hanya terhad kepada pembelajaran perbendaharaan kata/tatabahasa, pembacaan cerita dan latihan menyebut.

BAGAIMANA MEREKA melapor penyataan masalah

1. Dalam tempoh 15 bulan, pengkaji telah menjalankan kajian yang berterusan. Penulis telah mendokumenkan beberapa siri perbincangan dengan beberapa kumpulan daripada pelbagai peringkat dan domain.

2. Penulis membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak migran asli di 5 perkampungan yang berbeza.

3. Menjalankan pengujian pilot terhadap beberapa peranti mudahalih.

4. Hasil daripada pengujian-pengujian ini, telah memberi penulis kefahaman terhadap kandungan, modul pembelajaran beserta kekangannya, dan mengenalpasti peluang untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

5. Selain itu, penyataan masalah turut disokong oleh petikan/pernyataan dan statistik daripada pengkaji-pengkaji yang telah lepas.

.................................................................................................................................................................

JURNAL 3

Tajuk: An action research project on preparing teachers to meet the needs of underserved student populations.

Pengarang: Gayle A.Buck and Jeanene G.Cordes

PERNYATAAN MASALAH dalam kajian

1. Populasi kelas yang berubah dengan pesatnya memberikan cabaran kepada guru untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu guru mencipta persekitaran yang boleh memenuhi keperluan pelajar Sains yang kurang berkemampuan.

2. Kanak-kanak dalam populasi ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang – berpendapatan rendah, bekas pelatih pusat pemulihan akhlak, menghuni rumah kebajikan disebabkan keganasan domestik atau menunggu penempatan semula dengan agensi anak angkat. Mereka juga mempunyai pelbagai perbezaan etnik, bahasa dan kesukaran dalam pembelajaran.

3. Kanak-kanak ini berada di sekolah yang mana gurunya tidak bersedia dan tidak cukup yakin untuk mengurangkan perbezaan atau kehendak yang sama sekali berbeza daripada persekitaran kelas dalam arus perdana.

4. Tahap kepercayaan guru sebagai limitasi pada guru untuk mengajar. Sikap dan nilai merupakan pengaruh yang sangat besar terhadap bagaimana guru berinteraksi dengan pelbagai jenis pelajar.

5. Guru sering meninggalkan program pendidikan yang diikuti dan menanamkan kefahaman yang salah tentang konsep sejarah dan budaya kumpulan sasaran. Ini menyebabkan guru-guru ini kekal dengan tanggapan mereka yang tidak lengkap, tidak tepat dan bersifat cauvinistik.

6. Kelemahan kurikulum yang tidak memberi kesedaran dan tidak memberi pendedahan kepada guru terhadap perbezaan cara belajar bagi kanak-kanak ini.

BAGAIMANA MEREKA melapor penyataan masalah

1. Penulis melaporkan pernyataan masalah berdasarkan dapatan perbincangan yang dilakukan bersama penduduk setempat, organisasi berkanun yang terletak dalam lingkungan sampel kajian.

2. Penulis menyesuaikan rekabentuk kajian dengan menyertakan sokongan daripada pelbagai kajian literatur.

3. Penulis melaporkan hasil pengumpulan data daripada pandangan guru terhadap pelajar-pelajar kurang berkemampuan ini. Dapatan daripada pandangan ini digunakan sebagai asas untuk mengenalpasti masalah yang timbul sebelum menjalankan kajian secara lanjut.

4. Penulis juga menjalankan kajian ini sebagai memenuhi matlamatnya untuk meningkatkan kesediaan guru dari segi tahap keyakinan, pengetahuan pedagogi dan kesediaan untuk mengajar dalam pelbagai bidang dan latarbelakang.

No comments:

Post a Comment